Tuesday, October 5, 2010

-Misi dan Visi PerDaNa UIAM Kuantan-

VISI

Ke arah menjadikan PERDANA sebagai medan penyatuan anak-anak Kelantan di UIA Kampus Kuantan. Dalam usaha menghubungkan anak-anak Kelantan dengan Markaz Siswazah Kelantan (MSK) melalui tarbiyyah dan kebajikan.

MISI

 Menjaga kebajikan anak-anak Kelantan
Mengikat anak-anak Kelantan dengan kesenian negeri
Mengeratkan ukhuwwah sesama anak-anak Kelantan
  
 
 Sekapur Sireh

Bismillah
Salam perkenalan buat semua anak-anak kelantan di bumi UIAM kuantan. Marilah kita memanjatkan kesyukuran kepada Allah Ta'ala kerana masih lagi diberi peluang untuk meneruskan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi di sini. Jika kita melihat kepada sebahagian yang tidak bernasib baik, maka ucapkanlah Alhamdulillah tanda terima kasih kita kepadaNya.

Mengimbau kembali kenangan di pusat matrikulasi, Persatuan Darul Naim (PERDANA) agak dekat di hati anak-anak kelantan. Bas carta yang dioperasikan oleh PERDANA telah memudahkan sebahagian ahli-ahlinya untuk pulang ke kampung. Namun, matlamat PERDANA bukan hanya menyediakan bas tapi lebih dari itu melalui visi dan misi yang telah kita tetapkan.

Kesinambungan dari itu, segala usaha-usaha yang telah dijalankan pada masa itu akan cuba diterapkan di bumi Kuantan menerusi pengukuhan persatuan kita ini. Saya berharap kepada semua mahasiswa dan mahasiswi memberi sokongan kepada kami agar dapat memberikan khidmat yang terbaik untuk 'tenure' kali ini. Moga-moga usaha kita mendapat rahmat dari Allah, ameen.

Tinta Presiden (PERDANA UIA Kuantan)
 

0 comments:

Post a Comment