Thursday, October 28, 2010

Bas Balik Kelantan?

Tiket balik kelate? Ada jugak macam di PJ?
Kali ini Perdana cuba mempromosikan BAS BALIK KELATE ni kepada anak-anak kelate.so sape yg takde tket lagi bleh pakak-pakak tempah awal...Perdana cuma tolong promote k

Solat Hajat Perdana

Assalamua'laikum....setelah agok lamo x jupo, kali ni PERDANA dan AMAL kuantan akan adakan Solat Hajat beramai-ramai. Ini adalah satu usaha untuk kita memohon pertolongan kepada Allah agar dipermudahkan segala urusan. Moga-moga usaha yang sedikit diambil kira sebagai satu amalan yang paling disukaiNya.

Pakak mari ramai2 deh

Wednesday, October 6, 2010

IKOD '10

Insya Allah PERDANA juga tidak ketinggalan membuka gerai sempena IKOD. Perdana juga telah membuka unit-unit saham untuk diperdagangkan :)
untuk keterangan lanjut, sila hubungi Faisal 013-9932169

~asal kelate, bereh belako~

Tuesday, October 5, 2010

-Misi dan Visi PerDaNa UIAM Kuantan-

VISI

Ke arah menjadikan PERDANA sebagai medan penyatuan anak-anak Kelantan di UIA Kampus Kuantan. Dalam usaha menghubungkan anak-anak Kelantan dengan Markaz Siswazah Kelantan (MSK) melalui tarbiyyah dan kebajikan.

MISI

 Menjaga kebajikan anak-anak Kelantan
Mengikat anak-anak Kelantan dengan kesenian negeri
Mengeratkan ukhuwwah sesama anak-anak Kelantan
  
 
 Sekapur Sireh

Bismillah
Salam perkenalan buat semua anak-anak kelantan di bumi UIAM kuantan. Marilah kita memanjatkan kesyukuran kepada Allah Ta'ala kerana masih lagi diberi peluang untuk meneruskan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi di sini. Jika kita melihat kepada sebahagian yang tidak bernasib baik, maka ucapkanlah Alhamdulillah tanda terima kasih kita kepadaNya.

Mengimbau kembali kenangan di pusat matrikulasi, Persatuan Darul Naim (PERDANA) agak dekat di hati anak-anak kelantan. Bas carta yang dioperasikan oleh PERDANA telah memudahkan sebahagian ahli-ahlinya untuk pulang ke kampung. Namun, matlamat PERDANA bukan hanya menyediakan bas tapi lebih dari itu melalui visi dan misi yang telah kita tetapkan.

Kesinambungan dari itu, segala usaha-usaha yang telah dijalankan pada masa itu akan cuba diterapkan di bumi Kuantan menerusi pengukuhan persatuan kita ini. Saya berharap kepada semua mahasiswa dan mahasiswi memberi sokongan kepada kami agar dapat memberikan khidmat yang terbaik untuk 'tenure' kali ini. Moga-moga usaha kita mendapat rahmat dari Allah, ameen.

Tinta Presiden (PERDANA UIA Kuantan)